Guna nombor plat palsu pada motosikal, 2 remaja ditahan polis

Dari Penulis

DUA penunggang motosikal remaja ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Bukit Ampang Saujana, 10 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, anggotanya telah memeriksa dua penunggang motosikal dan pemeriksaan mendapati nombor pendaftaran yang dipamerkan bukan milik motosikal yang digunakan.

“Sebaliknya nombor pendaftaran tersebut didaftarkan pada kenderaan jenis kereta,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, dua remaja berusia 18 dan 19 tahun itu telah dibawa ke balai polis bagi tindakan lanjut di bawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mohd Azam berkata, dalam operasi tersebut pihaknya juga telah memeriksa 15 individu serta kenderaan.

“Sebanyak 47 keping saman telah dikeluarkan atas kesalahan tiada lesen memandu, cukai tamat tempoh dan lain lain kesalahan.

“Sebanyak 10 kenderaan juga telah disita di bawah Seksyen 64(1)/ 6(4) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dibawa balik ke balai bagi tindakan lanjut,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This