40 anggota polis ‘serbu’ kilang Batu Pahat, rampas 5 pasang stoking tulisan Allah

Dari Penulis

POLIS merampas lima pasang stoking dengan tulisan Allah dalam satu pemeriksaan di kilang Xin Jian Chang Sdn. Bhd. dekat Batu Pahat, 9 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, seramai 40 anggota dari Ibu Pejabat Kontinjen Johor dan Ibu Pejabat Daerah Batu Pahat telah dikerahkan untuk memeriksa kilang terbabit.

Beliau berkata, dalam pemeriksaan itu, polis telah merampas lima pasang stoking dengan tulisan Allah yang dipulangkan oleh KK Mart Sunway.

“Semasa pemeriksaan, pihak pengurusan kilang telah memberi kerjasama sepenuhnya.

“Siasatan mendapati stoking telah ditempah dari China dan pihak kilang hanya terlibat dalam membungkus dan mengedar stoking untuk pasaran.

“Setakat ini dua cawangan KK Mart di Banday Sunway dan sebuah lagi di Sunway Mentari dikesan terlibat dalam penjualan stoking berkenaan dan telah dipulangkan kembali kepada pihak kilang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, siasatan mendapati pihak kilang telah mengimport 16 ‘bundle’ yang berjumlah 18,800 pasang stoking.

Ismail berkata, pemeriksaan masih lagi dibuat satu persatu dan sehingga kini tiada lagi stoking dengan tulisan Allah dijumpai kecuali rampasan awal.

Kes disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia 1998 oleh Unit Siasatan Terkelas Bukit Aman.

“Orang ramai diminta untuk tidak membuat tindakan yang menyalahi undang-undang seperti perhimpunan atau demostrasi berkaitan iu ini yang boleh menjejaskan ketenteraman awam,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This