ADUAN bau busuk di dalam sebuah unit kondominium dekat Jalan Bembang Ampang, Kuala Lumpur telah membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki warga asing, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 10.50 malam.
Beliau berkata, sepasukan anggota polis bersama unit forensik dan dibantu oleh Balai Bomba Jalan Datuk Keramat telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Mayat seorang lelaki berusia 48 tahun ditemui terbaring di belakang pintu masuk kediaman dalam keadaan leher terjerut dan tergantung di tombol pintu.
“Mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, siasatan awal mendapati mangsa telah meninggal dunia lebih daripada lima hari dan tiada unsur jenayah ditemui.
Mayat telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur bagi bedah siasat.
Kes disiasat sebagai mati mengejut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini diminta untuk menghubungi Ketua Polis Balai Pudu Inspektor Fitri Farhan Wan Chik ditalian 03-
93899222.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

