Pokok Sena, Perlis paling panas, bacaan suhu Tahap 2 – MetMalaysia

Dari Penulis

GELOMBANG haba berlaku di seluruh Perlis dan Pokok Sena, Kedah hari ini apabila bacaan suhu yang diklasifikasikan sebagai Tahap 2 direkodkan, menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan gelombang haba atau Tahap 2 berlaku apabila suhu maksimum harian mencecah 37 hingga 40 darjah Celcius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut di sesuatu kawasan.

Menurut MetMalaysia terdapat 26 kawasan di Semenanjung berada pada tahap berjaga-jaga (Tahap 1) iaitu di Kedah melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kuala Muda, Pendang dan Kota Setar, sementara di Pulau Pinang melibatkan kawasan Timur Laut, dan Perak pula melibatkan Kampar, Kuala Kangsar dan Kinta.

Di Pahang melibatkan Bentong, Raub dan Temerloh, sementara di Selangor kawasan terlibat ialah Kuala Selangor dan Sepang.

Turut berada pada Tahap 1 ialah Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu, Rembau, Tampin dan Seremban), Alor Gajah di Melaka dan Johor (Segamat, Muar dan Batu Pahat) serta Kota Belud di Sabah.

Menurut MetMalaysia, tahap berjaga-jaga (Tahap 1) berlaku apabila suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celcius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut di sesuatu kawasan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This