Polis tahan 4 lelaki belasah 2 orang murid guna paip PVC dan batang besi

Dari Penulis

EMPAT lelaki ditahan selepas dipercayai menyerang dua murid sekolah menengah di hadapan sebuah sekolah dekat Sungai Long, Kajang, pada Khamis.

Video penuh klik link di bawah

https://t.me/infoutusantv/4609

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pergaduhan pada pukul 3.04 petang.

Beliau berkata, dua murid telah diserang oleh 10 lelaki menggunakan paip PVC dan batang besi sebelum suspek melarikan diri dengan menaiki dua buah kenderaan berbeza.

“Kedua-dua mangsa telah menerima rawatan di Hospital Kajang dan disahkan mengalami kecederaan di kepala serta badan akibat dipukul.

“Kejadian terbabit turut tular di laman Facebook memaparkan aksi pergaduhan selepas tamat sesi persekolahan pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, empat lelaki berusia 18 hingga 21 tahun telah berjaya ditahan di sekitar Ampang pada semalam bagi membantu siasatan.

Mohd Zaid berkata, suspek kini direman sehingga Jumaat dan punca kejadian masih di dalam siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan polis kini giat mengesan suspek bebas.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mu’az Mazlan di talian 017-9788804.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa bumi 7.9 magnitud landa Mindanao, gegaran dirasai di Sabah

SATU gempa bumi kuat dilapor telah berlaku di Mindanao, Filipina pada pukul 7.37 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam...

More Articles Like This