Universal Music Malaysia dengan bangganya mengumumkan penerbitan sebuah lagu penuh jiwa yang bertajuk Alhamdulillah, it’s Ramadan oleh bintang yang semakin meningkat dari United Kingdom, London iaitu Farhana Ali, melalui label berinspirasikan muzik dakwah, Masyhur.
Kerjasama eksklusif ini menandakan satu peristiwa penting untuk Farhana menceburkan diri ke dunia muzik global sambil memuji kemuliaan bulan Ramadan.
Alhamdulillah, it’s Ramadan mewakili esensi rasa syukur dan dedikasi, menangkap jangkaan dan berkat masa suci ini, dan apa yang bermakna untuk memberi kembali kepada komuniti.
Diilhamkan daripada bakat vokal Farhana yang kaya dan dedikasinya yang tulus, lagu itu pasti dapat bergema dengan pendengar di seluruh dunia sepanjang Ramadan ini.
Dengan lirik yang positif dan melodi yang menggembirakan, lagu ini berfungsi sebagai peringatan yang menyentuh tentang nilai belas kasihan, perpaduan dan renungan.
“Alhamdullilah, it’s Ramadan ini ditulis oleh saya untuk mengungkap intipati dan semangat bulan Ramadan.
“Rakaman lagu tersebut sangat mudah kerana saya dapat bekerjasama dengan beberapa penerbit hebat yang membuatkan saya berasa selesa ketika proses rakaman.
“Saya mahu lagu ini membawa kebahagiaan dan harapan dalam menantikan ketibaan bulan Ramadan!.
“Pesanan dalam video tersebut adalah mengenai hidup bermasyarakat dalam satu komuniti, perpaduan, memberi kembali dan mengalu-alukan semua orang tanpa mengira kepercayaan masing-masing,” katanya.
Ia melambangkan harapan, kebersamaan dan kegembiraan bersama satu sama lain.
‘Miracles can happen, it’s the holiest month’ yang bermaksud keajaiban boleh berlaku, ini adalah bulan paling suci’ – merupakan petikan coretan lirik yang diambil daripada lagu tersebut.
“Seingat saya, ada empat hari untuk saya membuat persediaan buat video ini, dari konsep hingga, dekorasi, penyediaan makanan, pakaian dan lain-lain.
“Tetapi Alhamdullilah saya mempunyai dapat sokongan daripada pasukan dan komuniti yang hebat sehingga semuanya dapat dijalankan dengan begitu mudah.
“Kami memulakan penggambaran pada pukul 10 pagi di sebuah pusat pemberian makanan di London. Kami buat aktiviti harian para peniaga yang akan mengatur barangan makanan sebelum diserahkan kepada masyarakat yang memerlukan.
“Adegan yang paling saya sukai adalah babak kami menjamu selera beramai-ramai, seperti kami sedang berbuka puasa bersama, berkongsi makanan, dan saling berkomunikasi dengan penuh kegembiraan,” kongsinya.

