Lebih 1,000 warga Kepala Batas banjiri program Ybae Suria Masuk Kampung

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

LOKASI pertama Ybae Suria Masuk Kampung mendapat sambutan meriah daripada warga Kepala Batas, Pulau Pinang pada Sabtu lalu.

Acara tersebut turut diserikan dengan kehadiran barisan penyampai Suria, Datuk Fizz Fairuz, Ajak, Kai Hassan, Cik Piah, Rara, Chiwan dan DJ Lin bersama Yang Berhormat Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, selaku ADUN Bertam dan isteri, Datin Seri Ismalina Ismail. 

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin) berkata, dia sangat gembira dengan sambutan luar biasa yang diterima daripada pendengar setia Suria FM di utara terhadap program Ybae Suria Masuk Kampung.

“Syukur program Ybae Suria Masuk Kampung di lokasi pertama ini mendapat sambutan baik. 

“Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya sesi merewang seawal 9 pagi bersama penduduk di Masjid Al-Jamiul Badawi, juga agihan 800 bekas bubur kanji kepada pengunjung bazar Ramadan Kepala Batas diikuti aktiviti  berbuka puasa dengan hidangan di dalam talam bersama lebih 1000 orang jemaah, dan solat terawih bersama-sama. 

“Majlis turut disempurnakan dengan sesi serahan sumbangan wang tunai sebanyak RM11,500 kepada pihak Masjid Al-Jamiul Badawi termasuk pemberian duit raya kepada semua jemaah yang hadir. 

“Buat pendengar Suria FM di Selatan, nantikan kedatangan penyampai seperti Fizz Fairuz, Kai Hassan, Cik Piah, Rara, Chiwan dan DJ Lin di lokasi kedua program Ybae Suria Masuk Kampung yang bakal diadakan Sabtu ini (23 Mac) di Masjid Sungai Abong, Muar Johor,” ujarnya. 

Juga jangan lupa temui Ajak dan Suria Wheels di Kembara Berkat Ramadan Aeon Mall bertempat di Aeon Kota Bharu, Kelantan pada Sabtu ini! 

Pelbagai aktiviti menarik seperti agihan bubur lambuk, merewang dan banyak lagi menanti anda disana! 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This