Kenalan anggap bisnes Tiara Candy ‘hit & run’, Achey tak terkesan – “Alhamdulillah, sekarang 2 hari dah sold out berbanding dulu…,”

Dari Penulis

PELAWAK terkenal, Achey menyangkal dilantik sebagai duta rasmi kepada jenama pakaian terkenal Bulan Bintang  sebaliknya dia hanya berperanan sebagai ‘brand awareness’.

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 37, menyatakan bahawa dirinya telah ditugaskan memberi kesedaran terutama di kawasan bazaar-bazaar berbanding di butik sebagai satu cara untuk mempromosikan jenama tersebut.

Hal ini kerana rekod jualan di bazaar lebih tinggi berbanding di butik namun kesedaran terhadap kewujudan produk di tapak niaga itu sangat kurang.

“Sebenarnya, saya ditugaskan untuk memberikan kesedaran kepada bazaar-bazaar. Bukan di butik. 

“Rekod untuk penjualan di bazaar-bazaar adalah lebih tinggi berbanding di butik. Jadi, kadang-kadang orang tak sedar benda tu,” katanya kepada URTV.

Achey turut mengungkapkan bahawa Bulan Bintang telah meletakkan had kepada’ personal shopper’ dan stokis. 

Sebelum ini, penjualan pakaian jenama berkenaan melibatkan pelbagai individu.

Namun, kini, setiap bazaar hanya terdapat satu pemilik tunggal yang bertanggungjawab menjual produk mereka. 

“Maksudnya sekarang ni Bulan Bintang  dikecilkan kapasiti untuk ‘personal shopper’. 

Sebelum ni, banyak baju  tapi orang lain-lain. Tapi sekarang dia akan buat satu bazaar khas untuk jenama itu sahaja.

“Jadinya,  saya akan berikan kesedaran di situ,” katanya lagi.

Mengulas lanjut mengenai bisnes Tiara Candy yang diusahakan sebelum ini, kata Achey dia pernah mendapat respons daripada seorang usahawan yang menganggap perniagaan tersebut tidak akan mencapai kejayaan kerana ia hanya bersifat sementara (hit and run).

“Sebab saya ada satu perkara berlaku, yang di mana ada seorang pengusaha produk ni dia cakap bisnes Tiara Candy adalah’hit and run’. Dia kata pada saya, kau takkan berjaya punya benda ni,” ujarnya.

Namun, pelakon tersebut bersyukur kepada kenalannya kerana telah melihat cabaran tersebut sebagai dorongan. 

Jika sebelum ini mengambil masa empat hari untuk capai sasaran produk habis dijual tetapi kini dengan hanya dua hari, stok perniagaannya habis licin terjual sekaligus membuktikan cabang bisnes tersebut berkembang baik.

“Jadi saya ambil peluang itu, cabaran itu untuk lebih berusaha. Alhamdulillah, bergerak dengan cantik. 

“Sebelum Ramadan, biasa empat hari, satu van tapi sekarang ni dua hari saja dah habis jualan,” akhirinya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This