Bayi masih bertali pusat ditemui di tangga pangsapuri

Dari Penulis

Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemukan di atas anak tangga di tingkat sembilan sebuah pangsapuri di Taman Daya, Johor Bahru pada 11 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) ACP Raub Selamat berkata bayi cukup sifat tersebut ditemukan oleh orang awam pada jam 8.30 pagi.

“Polis sedang menjalankan siasatan bagi mengesan suspek utama yang membuang bayi tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata bayi tersebut ditempatkan di Hospital Sultan Ismail (HSI) dari 11 Mac sehingga kelmarin dan telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk penjagaan sah.

Raub berkata kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan, sekali gus memohon orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah JBS di talian 07-2182323, atau Pegawai Penyiasat Nur Adila Zainuddin 019-4039257.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Balogun jadi wira, AS mula langkah kanan

TUAN rumah bersama Piala Dunia 2026, Amerika Syarikat (AS) memulakan kempen bagi edisi temasya bola sepak terbesar dunia itu...

More Articles Like This