PENGURUSAN kes bagi status rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan melepas dan membebaskan (DAA) seorang pegawai polis, Inspektor Sheila daripada pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal ditetapkan pada 27 Jun depan oleh Mahkamah Majistret Selayang, hari ini.
Tarikh itu ditetapkan Majistret Nur Hafizah Rajuni selepas peguam M. Manoharan yang mewakili Sheila memaklumkan mahkamah bahawa rayuan pihak pendakwaan itu akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 25 Jun depan.
“Pendengaran bagi rayuan pihak pendakwaan itu ditetapkan pada 25 Jun depan. Justeru mohon satu tarikh pengurusan kes ditetapkan selepas 25 Jun bagi status rayuan tersebut,” kata peguam itu pada prosiding sebutan kes pagi ini.
Susulan itu Timbalan Pendakwa Raya, Erneetha Kaur Baghwant Singh mengesahkan makluman pihak pembelaan tersebut.
Baca: Inspektor Sheila mengaku tak bersalah aib Lans Koperal
Pada 31 Oktober tahun lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret Selayang yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) Inspektor Sheila daripada satu tuduhan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis.
Hakim Datuk Norsharidah Awang memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Inspektor Sheila atau nama sebenarnya S Sheila Sharon, 36, kerana satu pertuduhan itu tidak dibacakan ketika pendakwaan kes, pada 26 Jun tahun lalu.
Pertuduhan itu difahamkan tidak dibacakan kerana berlaku masalah teknikal ketika kes didaftarkan di Mahkamah Majistret tersebut.
Bagaimanapun, tertuduh masih berdepan tiga lagi tuduhan kes jenayah dan keputusan itu tidak menjejaskan perjalanan ketiga-tiga pertuduhan tersebut yang mana pengakuan pegawai polis wanita itu direkodkan.
Sebelum ini pada 26 Jun 2023, Inspektor Sheila mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut berkenaan pangkat dengan cara tidak wajar kepada Lans Koperal Abdul Arif Farhan Abdul Razak dengan maksud mengaibkan kehormatan anggota itu.
Tertuduh juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan atas pertuduhan dengan niat menghina kesopanan seorang lelaki berbangsa India berusia 41 tahun dengan berkata “kamu tengok badan kamu, gemuk, botak dan badak sumbu” terhadap pengadu tersebut.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Sheila didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sehingga lima tahun atau denda, atau keduanya, jika sabit kesalahan.
Baca artikel ; Lagi! ‘Suspek marah polis’ disiasat selisih faham di tempat letak kereta
Selain itu, pegawai polis yang berkhidmat selama tujuh tahun itu juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang wanita berbangsa India berusia 69 tahun dengan niat untuk mendatangkan kegentaran kepada pengadu tersebut.
Bagi kesalahan itu, pertuduhan adalah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau keduanya, jika sabit kesalahan.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan SG 1/1, Taman Sri Gombak, Gombak pada 15 Jun lalu masing-masing sekitar jam 1.25 tengah hari, 1.00 tengah hari dan 12 tengah hari.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

