Curiga pada penarik kereta, warga emas acu pistol selepas disangka ada niat jahat

Dari Penulis

POLIS mengesahkan sudah merampas sepucuk pistol selepas seorang warga emas bertindak mengacu senjata itu pada penarik kereta tular.

Video penuh klik link di bawah

https://t.me/infoutusantv/4701

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian berlaku di kawasan Bandar Tun Hussein Onn, Cheras pada 10.55 pagi hari Selasa.

Beliau berkata, satu laporan diterima daripada seorang penarik kenderaan berusia 34 tahun pada pukul 12.48 malam semalam.

Ujarnya, pengadu bersama rakan sekerja sedang bertugas bagi menarik sebuah kenderaan dinaiki seorang wanita yang disyaki terdapat tunggakan bayaran di lokasi kejadian.

Semasa dalam proses menarik kereta, datang seorang lelaki berusia 60 tahun telah menghalang pengadu untuk menarik kereta dengan alasan tidak dapat menunjukkan surat bank dan laporan polis berkenaan tunggakan bayaran

“Suspek juga menafikan kereta yang dinaiki anak perempuannya mempunyai tunggakan bayaran dengan pihak bank.

“Berlaku selisih faham sebelum suspek mengeluarkan pistol dari belakang badannya dan menghalau pengadu serta rakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pengadu terus beredar kerana risau akan perkara tidak diingini dan sempat merakam perbuatan suspek memegang senjata tersebut.

Tambahnya, kedua-dua pihak telah tampil membuat laporan di Balai Polis Kajang dan suspek telah diambil keretangan serta senjata pistol dirampas bagi siasatan lanjut.

Mohd Zaid berkata, pemeriksaan mendapati suspek mempunyai lesen senjata api yang sah.

“Suspek mendakwa melakukan perbuatan tersebut kerana curiga akan pengadu yang disangka mempunyai niat jahat untuk menarik kereta selain gagal membuktikan melalui dokumen yang sah,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Tasnim Mohamed Nor di talian 014-6209960.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akmal cabar PM buang semua MP UMNO jika BN tiada peranan

KETUA Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, mencabar Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, menyingkirkan semua Ahli Parlimen UMNO daripada...

More Articles Like This