MALAYSIA mengutuk sekeras-kerasnya serangan keganasan ke atas Dewan Bandaraya Crocus di Moscow, Rusia yang telah menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 60 orang dan mencederakan lebih 145 yang lain.
Kementerian Luar dalam kenyataan turut merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Rusia atas serangan tersebut.
Pada masa sama, Wisma Putra turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan itu.
“Pendirian negara amat jelas iaitu menolak sekeras-kerasnya segala tindakan keganasan dan ekstremisme dalam semua bentuk dan manifestasi.
“Malaysia akan terus menekankan keperluan untuk usaha yang bersepadu di peringkat antarabangsa bagi menghapuskan tindakan keganasan secara menyeluruh dan berkesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: Kematian akibat tembakan dewan konsert di Moscow lepasi 60 orang
Mengulas lanjut, Kementerian Luar menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Moscow turut mengesahkan bahawa semua rakyat dan pelajar negara ini yang berdaftar di Moscow berada dalam keadaan selamat.
“Rakyat dan pelajar Malaysia di Moscow dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini.
“Mengambil langkah berjaga-jaga dan mengikuti nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan,” katanya.
Laporan media antarabangsa menyatakan sekurang-kurangnya 62 terbunuh dan 165 cedera termasuk kanak-kanak, selepas lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah dewan konsert di Moscow pada Jumaat.
Serangan itu mencetuskan kebakaran besar, dan kumpulan DAESH mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

