Syarikat dakwa pemilik bagasi berisi RM500,000 belum beri keterangan

Dari Penulis

POLIS masih belum mengambil keterangan sebuah syarikat teknologi maklumat yang mendakwa bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 yang ditemukan di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara, Petaling Jaya, milik mereka.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar berkata pihaknya menerima laporan daripada pengarah syarikat terbabit yang mendakwa wang tersebut adalah milik syarikatnya dan merupakan duit perniagaan.

“Kita menerima laporan daripada pengarah syarikat berusia lingkungan 40 tahun itu pada 11.30 pagi Khamis lepas.

“Ketua Balai Polis Damansara sudah memanggil pengadu terbabit untuk memberi keterangan, namun pengadu gagal hadir dengan pelbagai alasan seperti menghadiri mesyuarat dan sakit,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Baca artikel lain: Pengawal keselamatan serah beg berisi RM500,000 kepada polis diberi penghargaan

Sebelum ini, media melaporkan seorang pengawal keselamatan berusia 30-an menemukan sebuah bagasi berwarna merah jambu dan putih bersaiz sederhana berisi wang kertas not RM50 dan RM100 dengan jumlah keseluruhan melebihi RM500,000 pada 8 pagi Rabu lepas.

Hussein dilaporkan berkata pihak polis telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat beli-belah itu, namun tidak meliputi lokasi bagasi ditemukan.

Beliau berkata sekiranya tiada individu atau pihak yang menuntut wang tersebut pihaknya akan menyerahkannya kepada mahkamah untuk tindakan selanjutnya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This