Rakyat Palestin di Gaza terus dihantui mimpi ngeri

Dari Penulis

SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres berkata pada Sabtu bahawa dunia telah melihat cukup kengerian perang dan merayu gencatan senjata untuk membolehkan lebih banyak bantuan disalurkan, lapor agensi berita Palestin WAFA.

“Rakyat Palestin di Gaza – kanak-kanak, wanita, lelaki – terus dihantui mimpi ngeri berterusan,” kata beliau dalam lawatannya di sebelah Mesir di persimpangan sempadan Rafah menyaksikan laluan trak bantuan masuk ke Gaza tetapi penduduknya diintai situasi “kelaparan dan kebuluran”.

Beliau menyifatkan keadaan itu sebagai “kecacatan moral”.

“Saya membawa suara sebahagian besar dunia yang sudah cukup melihat,” kata Guterres, menyedihkan “komuniti dihapuskan, rumah dimusnahkan, seluruh keluarga dan generasi dilenyapkan”.

Baca artikel lain: 27,000 veteran ATM tidak berpencen sudah terima BSH RM300 sebulan

Beliau mengulangi bahawa “tiada apa yang mewajarkan hukuman kolektif rakyat Palestin,” menurut WAFA.

Guterres menekankan “ia adalah lebih daripada masa bagi gencatan senjata kemanusiaan segera” dan merayu kepada Israel untuk “akses menyeluruh dan tidak terhad untuk penyaluran barangan kemanusiaan di seluruh Gaza”.

Lebih 32,100 rakyat Palestin terkorban dan lebih 72,400 cedera dalam perang Israel ke atas Gaza sejak 7 Okt tahun lepas, di tengah-tengah kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.

Israel juga telah mengenakan sekatan yang melumpuhkan Semenanjung Gaza, menyebabkan penduduknya, terutamanya penduduk utara Gaza, berada di ambang kebuluran.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dakwa Muhyiddin ‘pengasas’ PN tahyul, perlu dihapuskan – Wan Saiful

KENYATAAN dikeluarkan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah 'pengasas' Perikatan Nasional (PN) merupakan...

More Articles Like This