3 cedera ringan dalam kemalangan 12 kenderaan dekat Pasir Gudang

Dari Penulis

TIGA pemandu disahkan cedera ringan selepas terlibat dalam kemalangan 12 buah kenderaan di Kilometer 11.1, Lebuhraya Pasir Gudang menghala Perling, 4.20 petang tadi.

Video penuh klik link di bawah

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kemalangan terbabit melibatkan sebuah treler, tiga buah lori dan lapan buah kereta.

Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Mercedes-Benz yang dipandu seorang lelaki 20-an telah bertindak mengubah haluan dari lorong tengah ke lorong kanan.

“Pemandu treler berusia 40-an di lorong kanan tidak sempat mengelak lalu melanggar kereta terbabit.

“Treler kemudian telah terbabas dan masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar 10 buah kenderaan yang sedang berhenti di laluan bertentangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kemalangan tersebut menyebabkan dua pemandu wanita dan seorang pemandu lelaki masing-masing berusia 20 hingga 60-an mengalami cedera ringan di muka dan telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk menerima rawatan.

Kes disiasat di bawah Sekseyn 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Kelly Lee Ya Yek di talian 014-6977122.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tunku Zain Al-‘Abidin dimasyhurkan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

YANG Dipertuan besar Negeri Sembilan, Tunku Muhriz Tuanku Munawir berkenan memasyhurkan putera keduanya, Tunku Zain Al-'Abidin sebagai Tunku Panglima...

More Articles Like This