Forte Greenergy dan Curve H2 Inc. umum inisiatif hasilkan Hidrogen dan Grafit inovatif

Dari Penulis

Forte Greenergy Sdn Bhd (“FORTE”) mengumumkan kerjasama bersama Curve H2 Inc. (“CURVE H2”), syarikat yang berpangkalan di Kanada dengan memperkenalkan inisiatif yang berfokuskan kepada pengeluaran produk berkaitan Hidrogen dan Grafit dengan memanfaatkan teknologi Plasma Methane Pyrolysis bersama Bio Metana atau Gas Asli sebagai input.

Kerjasama ini akan memberikan impak yang besar dalam penyelesaian kelestarian tenaga. Gabungan strategik ini menyatukan kepakaran FORTE dalam penyelesaian tenaga bersama teknologi CURVE H2, membolehkan pemprosesan Metana kepada Hidrogen dan bahan karbon bernilai tinggi. Teknologi modular CURVE H2 memastikan proses penghasilan Hidrogen yang stabil dan berdaya tahan terhadap fluktuasi sumber gas asli.

Menurut Pengarah Eksekutif FORTE, Azfar Azri Farid, kerjasama ini merupakan komitmen bagi penyelesaian tenaga bersih di Malaysia.

“Kerjasama ini menyatakan komitmen kami untuk memajukan penyelesaian tenaga bersih dan pembangunan lestari di Malaysia. Dengan mengoptimumkan potensi pengeluaran Hidrogen Turquoise dan Grafit, kerjasama ini bertujuan untuk memberi komitmen yang penuh terhadap matlamat peralihan tenaga bersih untuk negara serta kemakmuran ekonomi,” jelasnya.

Sementara itu, Mark Goorwah, Ketua Pegawai Eksekutif CURVE H2, berkata Malaysia antara negara yang sedang berkembang pesat dalam membangunkan ekonomi Hidrogen.

‘Kami sedang meluaskan operasi kami dan bekerjasama dengan rakan kongsi di Amerika Utara dan Timur Tengah, selain Malaysia. Saya berasa amat kagum dengan kemajuan pesat Malaysia di dalam membangunkan ekonomi Hidrogen,” katanya.

Dalam pada itu, FORTE dan CURVE H2 dengan berbesar hati mengumumkan kerjasama strategik bersama Malaysia Green Technology and Climate Change Cooperation (MGTC) dan SEDC Energy Sdn Bhd (Sarawak Economic Development Corporation Energy) untuk menubuhkan loji pertama di Malaysia yang berfokuskan kepada penghasilan Hidrogen dan Grafit.

Inisiatif ini merupakan langkah penting dalam sektor tenaga di Malaysia. Ia akan menggabungkan kepakaran dari pemimpin industri dan badan kerajaan untuk memajukan  penyelesaian tenaga bersih dan menggalakkan pembangunan lestari (sustainable development).

Tumpuan utama inisiatif ini bersifat mesra alam di mana teknologi plasma akan memastikan proses tanpa emisi karbon (carbon emission) atau pencemaran lain, sejajar dengan matlamat kelestarian global.

Kerjasama ini tidak hanya sejajar dengan trend tenaga bersih global tetapi juga memberikan sumbangan yang besar kepada Plan Peralihan Tenaga di Malaysia kepada ekonomi rendah karbon dan aspirasi untuk kemajuan teknologi tinggi. Implikasi pasaran inisiatif ini merangkumi peralihan tenaga, industri nilai tambah, pematuhan alam sekitar, dan pemindahan teknologi.

Kos anggaran untuk dua tahun pertama termasuk loji demonstrasi dan pembangunan produk adalah kira-kira RM56.5 juta (USD12 juta) dan RM282.8 juta (USD60 juta) untuk peringkat pertama.

Gabungan teknologi Plasma Methane Pyrolysis dan teknologi CURVE H2 menempatkan Malaysia sebagai pelopor dalam tenaga bersih dan aplikasi karbon canggih, menawarkan laluan yang lestari untuk pengeluaran hidrogen dan bahan karbon bernilai tinggi.

Upacara menandatangani perjanjian MOU ini berlangsung sempena delegasi “Team Canada Trade Mission” ke Malaysia, yang dianjurkan oleh Kedutaan Besar Kanada. Program ini turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Mary Ng, Menteri Promosi Eksport, Perdagangan Antarabangsa, dan Pembangunan Ekonomi Kanada, dan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Perindustrian Malaysia.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This