302 pegawai, anggota PDRM dipecat sejak 2022

Dari Penulis

SERAMAI 302 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuang kerja kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan bagi tempoh 2022 hingga Februari lepas, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai serta anggota yang melanggar peraturan dan undang-undang.

“Kita ada Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) dan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC). PDRM serius dalam memastikan pegawai dan anggota mempunyai disiplin dan tahap integriti yang tinggi.

“Pegawai dan anggota yang didapati melakukan kesalahan tertakluk kepada proses tatatertib dan undang-undang yang ada. Semua keputusan dan hukuman yang diambil berasaskan kepada fakta-fakta kes oleh Lembaga Tatatertib PDRM dan Kementerian Dalam Negeri,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara.

Baca artikel lain: PDRM kekalkan keselamatan negara di tahap terbaik sepanjang tahun lepas

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Seri Ti Lian Ker mengenai jumlah anggota PDRM dipecat setelah didapati bersalah dalam kes-kes berat seperti membunuh, merogol atau melindungi kegiatan haram.

Menjawab soalan asal Ti mengenai bentuk penambahbaikan semakan bagi modul pengambilan anggota dan pegawai baharu PDRM, Shamsul Anuar berkata PDRM melaksanakan beberapa penambahbaikan antaranya memperkenalkan modul integriti yang mengandungi silibus pengurusan integriti, etika dan rasuah serta silibus pendidikan Islam dan pendidikan moral.

Penambahbaikan lain turut meliputi aspek mewajibkan pemohon untuk menduduki Ujian Sistem Pemprofilan Rekrutmen PDRM sebelum proses temu duga dan tapisan keselamatan seperti yang telah ditetapkan di dalam PTKPN yang berkuat kuasa 15 Jun 2023.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This