Projek jambatan darat Thailand: Prestasi pelabuhan utama negara akan tetap berkembang

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PRESTASI pelabuhan utama negara akan tetap berkembang secara positif pada tahun-tahun yang akan datang walaupun setelah projek jambatan darat Thailand dimulakan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kesan daripada projek itu dijangka lebih terhad kepada kontena wilayah Selatan Thailand yang dikendalikan oleh pelabuhan-pelabuhan di Malaysia.

Jelas beliau, sebanyak 262,169 TEUs atau 18.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kontena yang dikendalikan di Pelabuhan Pulau Pinang adalah berasal dari atau dituju ke wilayah Selatan Thailand pada 2023.

Perkara itu menurut Anthony Loke memperlihatkan projek tersebut boleh membawa impak ke atas jumlah kendalian kontena Pelabuhan Pulau Pinang sekiranya dilaksanakan.

“Untuk Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas yang merupakan pelabuhan utama negara, kerajaan telah menyusun strategi jangka masa pendek dan panjang.

“Ini adalah untuk memperkukuhkan daya saing kedua-dua pelabuhan tersebut dari segi penambahan kapasiti, peningkatan kecekapan dan produktiviti serta transformasi ke arah pelabuhan hijau rendah karbon,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan Senator Dr A. Lingeshwaran yang meminta Menteri Pengangkutan menyatakan status pembinaan jambatan darat yang akan menghubungkan lautan Andaman dengan Gulf of Thailand di Dewan Rakyat hari ini.

Baca juga: JKR Sarawak diminta baiki jambatan Nanga Tisa sebelum Gawai – Nanta

Mengulas lanjut, Anthony Loke berkata, Parlimen Thailand telah membahas dan meluluskan laporan cadangan projek mega Chumphon-Ranong Land Bridge (CRLB) dengan keputusan undi 269 menyokong berbanding 147 membantah pada 16 Februari lalu.

Katanya, konsep pembangunan jambatan darat di selatan Thailand melibatkan pembinaan baharu pelabuhan laut dalam di Chumphon dan Ranong iaitu di Teluk Thailand dan Laut Andaman masing-masing.

Menurut beliau, kedua-dua buah pelabuhan tersebut kemudian akan dihubungkan dengan infrastruktur lebuhraya, landasan
keretapi dan saluran paip yang baharu.

“Anggaran pelaburan yang diperlukan untuk pembangunan infrastruktur berkenaan dilaporkan mencecah 1 trilion Thai Baht bersamaan RM129 bilion,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This