Bekas pengurus mengaku tak bersalah tipu 125 jongkong emas milik pelanggan bernilai RM6 juta

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG bekas pengurus perhubungan pelanggan sebuah bank didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas 80 pertuduhan membabitkan kesalahan pecah amanah, salah guna harta, pemalsuan dokumen, dan menipu jongkong emas milik pelanggan berjumlah lebih RM6 juta antara tahun 2020 sehingga 2021.

Bagaimanapun tertuduh, Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus.

Mengikut 26 pertuduhan menipu, tertuduh itu didakwa menipu beberapa pegawai bank itu dengan memperdayakan mereka untuk mempercayai bahawa tiga orang wanita yang merupakan pelanggan bank itu hendak mengeluarkan dan membeli 125 jongkong emas menggunakan borang Gold Safe Keeping Service Withdrawal Form yang kononnya ditandatangani oleh pelanggan-pelanggan berkenaan.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah bank antarabangsa cawangan Bangsar antara 2 petang hingga 4.30 petang, pada 14 Julai 2020 hingga 27 Ogos 2021.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda.

Sementara itu, bagi 46 pertuduhan pemalsuan dokumen tertuduh didakwa menggunakan dokumen tulen di bank sama antara 9 pagi hingga 4 petang, antara 15 Oktober 2019 dan 13 Januari 2021 lalu.

Kesalahan itu didakwa dibawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Manakala, bagi tujuh pertuduhan salahguna harta, lelaki itu didakwa menyalahgunakan harta iaitu sejumlah 33 jongkong emas seberat antara 0.05 hingga satu kilogram kepunyaan tiga pelanggan wanita sama masing-masing yang berusia 41, 54, 64 tahun.

Bagi satu pertuduhan pecah amanah, dia didakwa melakukan pecah amanah jenayah iaitu menyalah gunakan harta iaitu dua jongkong emas dengan setiap satu seberat 0.5 kg, kepunyaan seorang wanita bergelar Datin, berusia 75 tahun.

Dia boleh dihukum di bawah Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman, penjara tidak melebihi 10 tahun dan sebatan, dan bolehlah dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Zainal mencadangkan agar lelaki yang masih bujang itu dengan jaminan sebanyak RM300,000 bagi keseluruhan kes dengan seorang penjamin selain syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan lapor diri di balai setiap bulan.

Manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar jaminan dikurangkan memandangkan dia turut berdepan dengan satu lagi pertuduhan di mahkamah berbeza dan masih dalam reman serta dalam proses dikenakan tindakan perundangan oleh bank berkenaan.

“Mohon jaminan dikurangkan dan mahkamah berikan saya masa untuk berbincang dengan ahli keluarga serta melantik peguam,” rayu lelaki berkenaan.

Susulan itu, Hakim Azrul membenarkan jaminan sebanyak RM15,000 bagi setiap kes, yang mana jaminan itu berjumlah RM465,000 dengan seorang penjamin.

Selain itu hakim berkenaan turut mengarahkan agar tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah selain menetapkan 26 April depan bagi sebutan kes, serahan dokumen dan lantikkan peguam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This