ISU penjualan sarung kaki tertera kalimah Allah perlu dijadikan iktibar kepada semua pihak bagi mengelak perkara sama berulang pada masa hadapan.
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata, pihak berkuasa juga perlu bertindak tegas terhadap mereka yang cuba memperbesarkan isu ini.
“Ketegasan kita serta PDRM terhadap mereka yang melanggar undang-undang terutama yang menyentuh 3R tidak boleh untuk bertolak ansur lagi. Semangat untuk memujuk, mendidik dan mendesak orang ramai juga mesti berterusan.
“YADIM menggunakan pendekatan dakwah iaitu kita cuba mendidik masyarakat supaya dapat memastikan (insiden ini) tidak boleh berlaku lagi. Mana-mana peniaga, mereka kena lihat sistem operasi perniagaannya.
“Supaya apa yang mereka lakukan, apa yang mereka niagakan, apa bentuk perkhidmatan yang mereka berikan tidak akan mencabar 3R ini,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Baca artikel lain: Bagasi berisi lebih RM500,000 masih belum dituntut
Beliau berkata, YADIM menyambut baik titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim supaya polemik dan isu berkaitan penjualan sarung kaki ini tidak berterusan.
“Kemarahan ini boleh berlaku secara spontan dan semua orang kena cakna terhadap perkara itu. Ini bererti kita mendokong dan menjunjung titah baginda supaya apa-apa saja tindakan yang dilakukan, ia tidak seharusnya memanaskan keadaan dan serahkan kepada pihak berkuasa.
“Segala apa tindakan yang dibuat mesti berlunaskan dan tertakluk kepada undang-undang. Jadi, kita harus memberi kepercayaan penuh kepada PDRM dan pasukan pendakwaan. Proses itu kini sedang berjalan dengan cukup cantik,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

