Kes culik budak di Klang rupanya niat nak membantu tapi cetus salah faham – polis

Dari Penulis

POLIS mengesahkan kejadian cubaan menculik seorang kanak-kanak di sebuah pasar raya dekat Klang Sentral pada Isnin adalah tidak benar.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku disebabkan salah faham antara pengadu dan dua warga asing berbangsa Nepal.

Beliau berkata, siasatan kamera litar tertutup mendapati kejadian berlaku ketika pengadu bersama anak, adik dan ibu pergi ke pasar raya tersebut dan menaiki sebuah eskalator yang rosak untuk ke tingkat atas.

“Semasa pengadu dan keluarga menaiki eskalator itu, dua lelaki warga asing yang bekerja di Malaysia secara sah turut menggunakan eskalator untuk ke tingkat atas.

“Siasatan mendapati dua lelaki itu kerja di syarikat berhampiran dan mengunjungi pasar raya untuk membeli barangan keperluan harian,” katanya dalam sidang media hari ini.

Jelasnya, dua lelaki itu telah melihat anak pengadu dalam keadaan yang sukar untuk berjalan dan membantu mengangkat kanak-kanak itu sebelum diserahkan kepada pengadu.

Bagaimanapun, pengadu yang terkejut akan tindakan tersebut telah menjerit dan menganggap perkara tersebut adalah satu cubaan culik.

“Siasatan polis di lokasi mendapati tiada persiapan cubaan menculik yang dilakukan seperti terdapat kereta yang menunggu di luar atau cuba melarikan diri dibuat oleh dua warga negara asing itu.

“Malah, dua lelaki itu juga tidak melarikan diri ketika bajunya dipegang oleh pengadu,” ujarnya.

Hussein berkata, tindakan yang dilakukan oleh warga asing itu adalah secara spontan untuk membantu kanak-kanak tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This