Operasi Kedah Agro ditamatkan selepas tidak berdaya maju – Sanusi

Dari Penulis

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata operasi syarikat Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB), telah ditamatkan setelah didapati tidak berdaya maju.

Beliau berkata anak syarikat Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah itu bagaimanapun tidak boleh ditutup sepenuhnya, kerana masih mempunyai aset dan hutang yang ditanggung.

“Saya sudah lama memaklumkan bahawa syarikat itu tidak berdaya maju, penamatan operasi perlu dilakukan, walaupun sudah terlewat, ia perlu dilakukan juga.

“Syarikat itu bukan ditutup, tapi ditamatkan operasi, masih lagi ada aset, liabiliti serta hutang dan sebab itu ia tidak boleh ditutup,” katanya ketika ditemui selepas hadir Program Cahaya Ramadan anjuran Yayasan TM di Kompleks Pekan Rabu, Alor Setar hari ini.

Baca artikel lain: Kedah Agro diberi notis bayar gaji tertunggak kepada 24 pekerja

Muhammad Sanusi juga berkata syarikat tersebut menanggung beban hutang yang besar, sehingga tidak berupaya untuk ‘melangkah’.

Beliau juga menjelaskan kerajaan negeri tidak akan menyelamatkan syarikat tersebut, kerana ia bertentangan dengan polisi kerajaan negeri sedia ada.

Sebelum ini, media melaporkan seramai 24 kakitangan KAHB tidak menerima bayaran gaji sejak tujuh hingga sembilan bulan lalu.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong baru-baru ini pula dilaporkan berkata KAHB telah memberi jaminan akan membayar gaji tertunggak kira-kira RM560,000 kepada 24 pekerja sebelum sambutan Aidilfitri ini.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This