Pemandu pelancong maut ditimpa bongkah batu di kawasan rekreasi

Dari Penulis

SEORANG pemandu pelancong meninggal dunia di sebuah kawasan rekreasi di Ipoh akibat kecederaan di kepala kerana ditimpa bongkah batu, semalam.

Ketua Polis Ipoh, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, ketika kejadian lelaki berusia 44 tahun itu membawa pelancong dari Vietnam ke kawasan perkampungan riadah dan budaya Qing Xin Ling di Taman Saikat.

“Pada jam lebih kurang 11.30 pagi, polis Ipoh menerima makluman daripada orang awam mengenai kejadian seorang lelaki warga tempatan meninggal dunia akibat ditimpa batu di kawasan perkampungan riadah dan budaya (tersebut).

“Semasa berada di tempat kejadian, satu bongkah batu terjatuh dan mengenai kepala mangsa (menyebabkan) kecederaan di bahagian kepala,” katanya kenyataan akhbar malam tadi.

Beliau berkata, lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

“Hasil pemeriksaan oleh pakar forensik perubatan mendapati punca kematian adalah kecederaan kepala akibat ditimpa batu.

“Pemeriksaan lanjut ke atas badan si mati tiada menjumpai sebarang unsur jenayah,” katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ipoh di talian 05-2542222 bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis siasat pekerja restoran aniaya kucing, masukkan dalam guni di Teluk Intan

POLIS menjalankan siasatan kes seorang lelaki dipercayai pekerja sebuah restoran di Taman Melor, Teluk Intan disyaki menganiaya seekor kucing...

More Articles Like This