AKTOR, Cico Harahap dirawat di Hospital Ampang, Selangor akibat masalah jantung sehingga memberi kesan bengkak pada bahagian kakinya.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh penyanyi Salimah Abu Bakar yang juga rakan karibnya menerusi perkongsian foto di laman Facebook miliknya sambil menunjukkan perkembangan Cico yang semakin baik.
“Penghujung Ramadan melawat sahabat 20 tahun yang sudah lama tidak berjumpa, akhirnya jumpa di sini (hospital).
“Cico sakit jantung dan kaki membengkak. Semoga kau cepat sihat bro,” tulisnya.
Pada 2016, Cico didakwa mengalami masalah kesihatan yang serius setelah diracun oleh rakan-rakannya semasa menghadiri majlis ulang tahun seorang kenalan.
Susulan itu, Cico sering mengalami penyakit misteri sehinggakan kurang aktif dalam dunia hiburan.
Cico sebelum ini pernah membintangi beberapa buah filem seperti Puteri Impian, Cinta Fotokopi dan banyak lagi.

