KERAJAAN Negeri Johor menggesa syarikat bekalan air, Ranhill SAJ untuk segera menangani setiap aduan gangguan yang dialami penduduk di negeri itu.
Perkara itu ditegaskan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Onn Hafiz turut menzahirkan rasa kesal atas aduan gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri kali ini.
Beliau berkata, gangguan bekalan air yang berlaku setiap tahun itu telah menjejaskan persiapan menyambut Aidilfitri buat rakyat di negeri itu.
Menurut Onn Hafiz, Ranhill SAJ telah diminta membuat persediaan dan tindakan sewajarnya bagi memastikan perkara tersebut tidak berlaku.
Malah, katanya, pihak pengurusan tertinggi syarikat itu juga telah memberi komitmen untuk memastikan tiada isu gangguan bekalan mahu pun catuan air di negeri Johor sepanjang musim perayaan ini.
“Namun demikian, berdasarkan aduan-aduan yang diterima telah menimbulkan persoalan berhubung keupayaan Ranhill SAJ selaku operator bekalan air di Johor dalam menangani gangguan bekalan air yang berlaku saban tahun.
Baca artikel lain: Keluarga ATM kian selesa, tiada lagi gangguan air, elektrik dan kebocoran di RKAT Desa Ria Tangga Batu
“Pihak Ranhill SAJ sewajarnya perlu mengambil tindakan proaktif dan mempertingkat kualiti perkhidmatan ke tahap maksimum demi kesejahteraan Bangsa Johor,” katanya dalam hantaran tersebut.
Baru-baru ini seramai 300 penduduk Kampung Sri Muar dan Kampung Agas di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai dekat Kulai, terputus bekalan air dan hanya bergantung kepada perkhidmatan lori tangki.
Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Permai Datuk Mohd Jafni Md Shukor dilaporkan berkata mereka merupakan sebahagian daripada lebih 1,000 penduduk termasuk di Gugusan Murni Jaya, FELDA Bukit Permai dan sekitarnya yang mengalami gangguan bekalan air menjelang Aidilfitri.
Mohd Jafni yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri berkata gangguan bekalan air itu berlaku sejak belasan tahun dan lebih kritikal ketika musim perayaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

