HeiTech tawar harga terbaik untuk kontrak MySikap dan Mainframe – Anthony

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SYARIKAT HeiTech Padu Berhad (HeiTech) telah menawarkan harga terbaik dalam tender terbuka tawaran kontrak perkhidmatan penyelenggaraan dan sokongan teknikal bagi MySikap dan Perkakasan & Perisian Sistem Kerangka Utama (Mainframe).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Lembaga Perolehan MOT pada 24 November lalu telah bersidang dan memperakukan HeiTech sebagai tawaran yang terbaik berdasarkan harga yang munasabah dan terendah yang telah melepasi kesemua peringkat penilaian.

Jelas beliau, perakuan tersebut telah dikemukakan untuk kelulusan muktamad oleh Kementerian Kewangan pada 4 Disember 2023.

Katanya, kelulusan Perbendaharaan telah diperolehi pada 8 Februari untuk nilai sebanyak RM185 juta, tidak termasuk cukai perkhidmatan.

“Perlu ditegaskan bahawa lanjutan kontrak tersebut hanya merangkumi skop perkhidmatan yang kritikal sahaja seperti preventive maintenance, keselamatan siber dan pembaharuan lesen perisian di mana nilai harga kontrak lanjutan adalah lebih rendah berbanding dengan kontrak asal.

“Langkah-langkah transisi tersebut diambil sementara penambahbaikan kontrak penggabungan tender penyelenggaraan MySikap dan Mainframe yang sedia ada,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Menjelaskan mengenai latar belakang kontrak tersebut, Anthony Loke berkata, MySikap merupakan sistem informasi kenderaan dan pemandu yang merangkumi perkhidmatan atas talian pendaftaran kenderaan motor, pembaharuan lesen memandu serta lesen kenderaan motor dengan sebanyak 1,300 jenis urus niaga.

Manakala, jelas beliau, Mainframe adalah perkakasan server yang menyimpan data-data MySikap.

Katanya, pada 2014, MOT telah memutuskan supaya kontrak MySikap dan Mainframe dibuat secara berasingan dan rundingan terus.

Anthony Loke memaklumkan, pada Mac 2023, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mencadangkan penggabungan kedua-dua komponen tersebut kepada satu tender supaya permudahkan pengurusan aspek kawalan, pemantauan dan pengurusan projek secara koletif oleh satu syarikat yang sama.

“Tiga syarikat telah mengambil bahagian dalam sistem tender terbuka tersebut. Ketiga-tiga syarikat lulus dalam syarat teknikal dan kewangan.

“Tawaran harga (tidak termasuk cukai perkhidmatan) daripada ketiga-tiga syarikat adalah syarikat pembida 1 RM185 juta; syarikat pembida 2 RM186 juta dan syarikat pembida 3 RM199 juta. 

“Anggaran harga siling bagi projek ini adalah RM207,315,469,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This