KERAJAAN Perpaduan sudah memiliki senarai calon untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, 11 Mei ini.
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, senarai itu akan dibentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini melalui Mesyuarat Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan.
“Kita mahu identiti calon itu tidak mewakili kepartian tetapi lebih menyeluruh mewakili Kerajaan Perpaduan.
“Sebab kalau kita letakkan calon mewakili Kerajaan Perpaduan, ia akan menghasilkan tanggungjawab bersama yang lebih kuat untuk mendorong kerja jentera kita nanti berbanding kalau kita letak identiti kepartian.
“Kita hendak bawa adalah kemenangan kepada Kerajaan Perpaduan. Jadi kita tidak menamakan sebab ini bukan dalam bidang kuasa kita. Kuasa di peringkat kepemimpinan tertinggi parti,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) bagi membincangkan persediaan PRK Kuala Kubu Baharu.
Baca artikel lain: UNICEF gesa supaya pemindahan untuk merawat kanak-kanak cedera di Gaza ditingkatkan
Pada masa sama, Saifuddin Nasution berkata, beberapa perkara lain turut dicapai antaranya individu yang akan bertanggungjawab menyelaras jentera Kerajaan Perpaduan bagi PRK Kuala Kubu Bharu itu nanti, melalui mesyuarat terbabit.
Beliau berkata, persiapan rapi juga dilakukan termasuk penyediaan data dan strategi, selain memperhalusi semua trend pengundian di 16 daerah di DUN Kuala Kubu Baharu.
“Kita sudah mencapai beberapa keputusan antaranya menamakan individu bertanggungjawab bagi menjalankan jentera kempen selain menyelaraskan isu peringkat nasional dan negeri.
“Kita kaji profil kawasan, peratusan pengundi Melayu, Cina, India dan lain-lain. Kita profilkan pula dari segi garis pendapatan, tahap pendidikan, bekerja di sektor kerajaan atau swasta,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

