PM bincang isu peruntukan Ahli Parlimen pembangkang hari ini

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membincangkan isu pengagihan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, hari ini.

Berita Harian melaporkan, perkara itu merupakan di antara agenda Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang akan bermesyuarat, petang ini di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Semua pimpinan tertinggi parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan dijangka menghadiri mesyuarat tersebut.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, majlis berkenaan akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Baca artikel lain: UNICEF gesa supaya pemindahan untuk merawat kanak-kanak cedera di Gaza ditingkatkan

Katanya, ini susulan perjumpaan pemimpin Perikatan Nasional (PN) dengannya di Parlimen pada 19 Mac lalu.

Perjumpaan itu membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This