BATIK Air akan menggantung operasinya ke Istanbul, Turkiye, berkuat kuasa 1 Mei, 2024.
Justeru, pengendali syarikat penerbangan itu, Malindo Airways Sdn Bhd berkata penumpang yang terjejas akan dimaklumkan melalui e-mel dan teks.
“Keputusan ini dibuat sebagai tindak balas kepada situasi di Asia Barat baru-baru ini, yang memberi kesan ketara kepada laluan kami, membawa kepada sekatan operasi yang menjadikannya mencabar untuk meneruskan penerbangan ke rantau berkenaan.
“Oleh itu, Batik Air telah mengambil langkah sukar tetapi perlu bagi menggantung operasi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (SAW),” katanya melalui kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: PM enggan campur perbincangan titah adendum Najib
Malindo Airways menekankan bahawa keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta anak kapal tetap menjadi keutamaannya dan keputusan itu dibuat selepas pertimbangan yang teliti terhadap situasi semasa.
“Kami memahami kesulitan yang mungkin timbul disebabkan penggantungan ini kepada penumpang kami yang dihargai, dan kami memohon maaf yang amat sangat di atas sebarang gangguan yang mungkin berlaku kepada perjalanan mereka.
“Penumpang terjejas akan dimaklumkan melalui e-mel dan teks. Bagi yang ingin meminta bayaran balik, boleh lawati ww.malindoair.com/Refund-Request ,” katanya.
-– BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

