Gantung: Musketeer Code rungkai misteri pelajar gantung diri

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

DRAMA bersiri Gantung The Series yang pernah ditayangkan di kaca televisyen sekitar 2018 pernah mendapat perhatian penonton di Malaysia dan Indonesia.

Diadaptasi daripada novel buku fixi terlaris berjudul Gantung karya Nadia Khan, drama berkenaan mengangkat kisah empat sekawan iaitu Gibbs, Ray, Troll dan KJ yang melalui tahun akhir di salah sebuah sekolah elit.

Kini, setelah tujuh tahun akhirnya siri berkenaan telah diangkat ke layar perak dengan menggunakan judul Gantung: Musketeer Code terbitan Neddo Works.

Nadia yang juga selaku penerbit dan pengarah berkata, dia mengambil keputusan untuk menerbitkan Gantung ke layar perak atas sokongan peminat-peminat novel berkenaan.

“Filem Gantung: Musketeer Code direalisasikan atas sokongan peminat-peminat novel Gantung yang sangat menginginkan kisah dari novel pertama ditamatkan dengan sempurna.

“Kami di Neddo Works ketika itu sebenarnya merasa sangat terharu yang sebuah karya novel kontemporari seperti ini benar-benar mahu diangkat ke layar perak, seolah-olah ia mewakili suara anak-anak muda,” katanya.

Untuk mengusahakan projek filem berkenaan, Nadia memberitahu mereka memulakan usaha crowdfunding pada Januari 2020 dan mendapat sambutan yang memberangsangkan, di mana sejumlah RM 200,000 berjaya dikumpul melalui penjualan buku Musketeers, t-shirt dan cenderamata.

Bagaimanapun, ujarnya akibat pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, pembikinan filem berkenaan terpaksa dihentikan buat seketika.

“Namun begitu, kami tetap berusaha untuk meneruskannya kerana kami anggap ini sebagai amanah daripada peminat yang tetap setia menunggu walaupun tergendala untuk sekian lama.

“Akhirnya, setelah menempuh pelbagai dugaan, filem Gantung: Musketeer Code berjaya menjalani proses penggambaran pada bulan Disember 2023 sehingga Januari 2024,” jelasnya.

Gantung: Musketeer Code menceritakan kisah empat orang sahabat baik dituduh menjadi punca kematian seorang pelajar perempuan yang telah menggantung diri di auditorium sekolah.Filem Gantung: Musketeer Code menampilkan Ikmal Amry, Ben Amir, Hafreez Adam, Brandon Salim (dari Indonesia) dan Shazia Rozaini sebagai watak-watak utama dan turut dibantu oleh Gita Sucia (juga dari Indonesia), Taufiq Hanafi dan Nelissa Nizam.

Filem ini juga melibatkan pelakon-pelakon berpengalaman seperti Bront Palarae dan Sofia Jane serta dihiasi penampilan-penampilan istimewa dari ramai lagi pelakon tempatan yang berkaliber.

Jelasnya, biarpun membariskan ramai pelakon asal, namun watak Gibbs dan Farah yang sebelum ini dilakonkan Randy Pangalila dan Mentari de Marelle telah digantikan dengan Ben Amir dan Shazia Rozaini.

Bercerita lebih lanjut mengenai filem berkenaan, Nadia menjelaskan bahawa filem Gantung: Musketeer Code masih boleh ditonton oleh mereka yang tidak mengikuti siri televisyen sebelum ini.

“Filem ini berdiri dengan sendiri kerana ia hasil adaptasi daripada novel Gantung yang pertama.

“Tak dinafikan ada perkara yang berbeza daripada novel, tetapi oleh kerana saya sendiri penulis buku dan juga penulis skrip serta pengarah filem, semangat dan jiwa filem ini tak lari jauh daripada novel.

“Bagi yang tak menonton siri TV, masih boleh menonton filem ini tanpa apa-apa kekeliruan kerana filem ini dibuat untuk berdiri dengan sendiri. Bagi yang tak membaca novel, juga boleh menonton filem ini dengan tenang,” ujarnya.

Nadia juga bercerita tentang bagaimana tema persahabatan dalam filem ini boleh dihayati oleh pelbagai lapisan penonton.

Selain mengimbau kehidupan zaman sekolah, penonton juga akan mengenang tentang usia muda di mana kita mudah tersilap langkah.

Harapan Nadia setelah pembikinan filem ini mendapat sokongan daripada pembaca novel, penonton siri TV dan rakan-rakan industri, ia juga akan mendapat tempat di hati semua yang menontonnya di pawagam.

Filem Gantung: Musketeer Code akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 5 Jun depan.

SINOPSIS

Gantung: Musketeer Code bermula dengan Khalil, seorang pengarah filem tersohor yang tiba-tiba mendapat panggilan telefon dari teman sekolahnya, Farah untuk dia kembali ke sekolah lamanya kerana ada urusan yang belum selesai.

Khalil mengimbau kembali tragedi yang berlaku di sekolahnya 10 tahun lepas di mana dia (dahulu dikenali sebagai Ray) dan tiga orang sahabat baiknya – Gibbs, KJ dan Troll dituduh menjadi punca seorang pelajar perempuan (Ratna) menggantung diri di auditorium sekolah.

PELAKON

Ikmal Amry – Khalil / Raymond

Ben Amir – Gibran (Gibbs)

Brandon Salim – Kevin Jeremy (KJ)

Hafreez Adam – Jailani (Troll)

Shazia Rozaini – Farah

Gita Sucia – RatnaTaufiq Hanafi – Sofil

Nelissa Nizam – Sara

Bront Palarae – Rudy

Sofia Jane – Mrs de Silva

Chew Kin Wah – Pengetua

Sangeeta Krishnasamy – Ms Katherine

Sharifah Sofia – Puan Nisa

Syean – General Tan

Amanda Ang – Mrs Tan

Anas Ridzuan – Jimmy Kecoh

Nadiya Nisaa – Zahirah

Siti Saleha – Sally

Ezzanie Jasni – Laila

PRODUKSI

PENGARAH Nadia Khan

PENULIS SKRIP DAN LAKON LAYAR Nadia Khan

PENERBIT EKSEKUTIF Nadia Khan

Mamu Vies

Hanis Ali

Qawiem Hamizan

PENERBIT EKSEKUTIF BERSAMA Michelle Yoon

Hafreez Adam

JURULATIH LAKON Qawiem Hamizan

PENGARAH FOTOGRAFI Rafiq Ghazali

PEREKA BUSANA Farah Syaliq

SKOR monoloQue

LAGU SUAV / Aidit Alfian


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Letusan gelombang VIP! 9 tahun menyepi, Bigbang sah kembali ke Kuala Lumpur sempena jelajah ulang tahun ke-20

PENANTIAN hampir sedekad peminat setia kumpulan K-Pop, Bigbang, akhirnya terjawab. Selepas sembilan tahun tidak mengadakan sebarang konsert berskala besar,...

More Articles Like This