Mohamad Hasan adakan lawatan rasmi 3 hari ke China

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MENTERI Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan sedang mengadakan lawatan rasmi yang pertamanya ke China selama tiga hari bermula pada hari ini.

Wisma Putra memaklumkan, lawatan pertama sejak dilantik ke portfolio berkenaan pada 12 Disember tahun lalu itu penting kerana Malaysia dan China meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara kedua buah negara.

“Ia juga merupakan ulang tahun ke-11 penaiktarafan hubungan diplomatik antara Malaysia dan China kepada Perkongsian Strategik Komprehensif (Comprehensive Strategic Partnership),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Wisma Putra, di Beijing, Mohamad dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Wang Yi, bagi membincangkan isu dua hala, serantau dan antarabangsa membabitkan kepentingan kedua-dua pihak.

Baca artikel lain: PRK Kuala Kubu Baharu: BN tiada masalah sokong calon Kerajaan Perpaduan

Malah, katanya lagi, pertemuan itu juga bakal memberi peluang kepada Malaysia dan China menilai kemajuan kerjasama dua hala serta meneroka bidang kolaborasi baharu.

“Menteri Luar juga dijadualkan untuk bertemu dengan Menteri Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat dan pegawai-pegawai kanan lain dari Parti Komunis China, Liu Jianchao, serta akan mengadakan sesi libat urus dengan diaspora Malaysia,” katanya lagi.

China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia untuk 15 tahun berturut-turut dengan pada tahun 2023, jumlah dagangan antara Malaysia dan negara tersebut bernilai RM450.84 bilion.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This