TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkongsi gambar 10 mangsa yang meninggal dunia susulan tragedi dua buah helikopter bertembung sebelum terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak, pagi tadi.
TLDM dalam kenyataan memaklumkan, kesemua 10 mangsa itu masing-masing tujuh kru HOM TLDM dan tiga kru helikopter Fennec.
Pada masa sama, TLDM menegaskan dan meminta orang ramai supaya tidak menularkan foto dan video bagi menjaga sensitiviti serta privasi keluarga.
Jelasnya, ia juga bagi tidak mengganggu siasatan yang sedang dijalankan.
Senarai anggota dan pegawai TLDM yang terkorban dalam tragedi dua helikopter terhempas:
Pesawat Agusta WestlandHOM (M503 3) Tujuh orang kru:

Komander Muhammad Firdaus Ramli – Pegawai Memerintah Skuadron 503

Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin

Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi

Pegawai Waran II TLR Muhammad Faisol Tamadun

Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy

Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar

Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna
Pesawat Fennec (M502 6) Tiga orang kru:

Komander Muhamad Amir Mohamad – Pegawai Memerintah Skuadron 502

Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan

Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

