Peragut Klang menangis selepas dihukum penjara 5 tahun, 2 sebatan

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG lelaki yang tular selepas meragut seorang gadis dua minggu lalu menangis apabila Mahkamah Sesyen Klang hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan atas kesalahan itu.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim Sharifah Hascindie Syed Omar selepas tertuduh, Muhammad Syafi’ei Hasan, 24, yang mengaku bersalah.

Sharifah turut mengarahkan agar tertuduh dipenjara bermula tarikh tangkap pada 21 April lalu.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Syafi’ei didakwa telah merompak dan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap seorang gadis berusia 21 tahun di Jalan Persiaran Raja Muda Musa berhadapan Sekolah Menengah Perempuan Raja Zarina di sini, sekitar jam 8.50 pagi pada 15 April lalu.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam ketika merayu bagi meringankan hukumannya dilihat menangis dan mengesat air matanya menggunakan baju berulang kali.

Dalam rayuannya, Muhammad Syafi’ei memohon agar hukumannya diringankan atas alasan telah menyesal dan insaf selain berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.

Muhammad Syafi’ei Hassan,24, dijatuhi hukuman penjara 5 tahun dan 2 sebatan atas kesalahan merompak dan dengan sengaja menyebabkan seorang gadis cedera dengan cara meragut dua minggu lalu selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Siti Bahiyah Amir Haidi menegaskan bahawa kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius memandangkan kejadian tersebut telah menyebabkan mangsa cedera parah dan boleh meragut nyawanya.

“Seperti video telah tular, mangsa dalam kes telah terjatuh di atas jalan raya dan bernasib baik tiada kenderaan lalu ketika itu.

“Terdapat papan pemuka kenderaan telah merakam setiap kejadian tersebut. Pihak pendakwaan menekankan kepentingan awam dan di Klang banyak kejadian ragut, Mohon hukuman berat,” katanya.

Baca: Polis sahkan peragut wanita di Klang ditahan dekat Langkawi

Mengikut fakta kes, mangsa yang sedang menunggang motosikal dalam perjalanan ke tempatnya bekerja di Pelabuhan Klang ketika kejadian telah didatangi oleh lelaki berkenaan menggunakan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 dari arah belakang.

Tertuduh kemudian bertindak menarik dan meragut beg silang yang dipakai mangsa sehingga menyebabkan wanita berkenaan terjatuh sebelum terguling di tengah jalan raya.

Akibat insiden itu, mangsa telah mengalami kecederaan di kedua belah tapak tangan, kedua belah lutut dan bahu kiri sementara tertuduh terus memecut motosikalnya meninggalkan tempat kejadian.

UtusanTV melaporkan lelaki itu diberkas di Langkawi, Kedah di hadapan Medan Selera Penarak di Kuah.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This