Letupan bom Sungai Golok: Empat anggota keselamatan Thailand cedera

Dari Penulis

EMPAT anggota keselamatan Thailand cedera apabila terkena letupan bom yang dipercayai diletakkan penjenayah di Kampung Pasemas, Sungai Golok, Thailand, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Pol Col Jadsadavit Inprapan, berkata kejadian jam 12.05 tengah malam, semasa anggota berkenaan dalam perjalanan bagi melaksanakan tugas-tugas keselamatan di pekan Sungai Golok dengan menaiki sebuah kenderaan.

Beliau berkata polis syak penjenayah telah menanam bom di laluan kenderaan anggota keselamatan berkenaan.

“Ketika tiba di simpang tiga berdekatan pangkalan, telah berlaku satu letupan dan penyerang turut menembak menggunakan pistol. Anggota keselamatan membalas tembakan itu sebelum penyerang kemudian melarikan diri,” katanya kepada BERNAMA hari ini.

Empat anggota yang cedera telah dihantar ke Hospital Sungai Golok bagi mendapatkan rawatan.

Jadsadavit berkata, hasil siasatan awal di tempat kejadian polis menemukan sebuah kenderaan model sedan berwarna putih yang mempunyai nombor pendaftaran negara jiran.

Baca artikel lain: Letupan bom Sungai Golok: Polis tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand

Beliau berkata susulan kejadian pihak keselamatan Thailand memperketatkan kawalan di sempadan bagi mengelak pergerakan penjenayah secara bebas di sekitar kawasan itu.

Pagi tadi Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain memberitahu BERNAMA bahawa polis telah meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan yang dipercayai datang dari sekitar kawasan Gualosira, Pasemas Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat awal hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, polis Kelantan turut meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan negara terutama di Kampung Tersang dan Jeram Perdah di Rantau Panjang susulan letupan dan bedilan yang dipercayai berlaku di kawasan Gualosira, Pasemas Daerah Sungai Golok, awal pagi tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, Polis Kelantan menerusi Pasukan Gerakan Am (PGA) meningkatkan kawalan dengan serta-merta kerana kawasan itu terletak berdekatan dengan lokasi kejadian.

Katanya, selain itu kawalan juga dipertingkatkan di kawasan lain yang berdekatan sempadan negara.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MCA akui pengundi Cina kini kecewa namun tak anggap boleh diterjemah dalam bentuk undi

HASIL kajian lapangan dilakukan oleh MCA mendapati bahawa rata-rata pengundi Cina kini berada dalam keadaan kecewa khususnya dengan apa...

More Articles Like This