POLIS mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan dan letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam tadi.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand akan diperketat susulan kejadian itu.
“Semua ketua balai polis dan Pasukan Gerakan Am telah diarahkan untuk meningkatkan kawalan di kawasan berisiko tinggi, khususnya pangkalan haram dengan pemantauan 24 jam,” katanya ketika dihubungi malam tadi.
Baca artikel lain: Tuntutan palsu: Ketua balai bomba di Perlis dilepaskan dengan jaminan SPRM
Polis Thailand sebelum ini menyatakan berlaku letupan di sebuah pos kawalan keselamatan di luar Pejabat Daerah Sungai Golok di Jalan Sungai Golok-Sungai Padi, dan beberapa tembakan telah dilepaskan oleh sekumpulan penyerang, menyebabkan sekurang-kurangnya dua anggota keselamatan Thailand maut manakala lapan lagi cedera dalam serangan yang berlaku kira-kira 7.10 malam.
Penyerang dikatakan melepaskan beberapa das tembakan sebelum melemparkan lima bom tangan ke arah pos kawalan di hadapan Pejabat Daerah Sungai Golok.
Pasukan keselamatan kini menjalankan pemeriksaan di kawasan kejadian, dan orang ramai dinasihatkan mengelak laluan terjejas.
Sejak awal Ramadan, pihak berkuasa di Sungai Golok telah memperketat langkah keselamatan susulan peningkatan risiko serangan di kawasan sempadan.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

