BLOGGER kontroversi, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo dilaporkan telah ditahan polis, hari ini.
Memetik laporan BH Online, Papagomo ditahan selepas disyaki mengeluarkan kenyataan mengaibkan terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan, penahanan tersebut dilakukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Beliau berkata, Wan Muhammad Azri telah ditahan di kediamannya di Setapak, Kuala Lumpur.
“Tangkapan dilakukan susulan laporan polis diterima berkaitan video berkenaan, daripada seorang peniaga berumur 41 tahun yang mengesan hantaran itu ketika melayari media sosial di rumahnya, semalam.
“Papagomo telah ditahan di kediamannya di Setapak bagi membantu siasatan, dan ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi,” katanya.
Baca artikel lain: Tuduhan palsu: MCMC buat laporan polis terhadap Chegubard, Salim dan Papagomo
Mengulas lanjut, Razarudin berkata, pihaknya sedang dalam proses memohon perintah reman terhadap Papagomo bagi meneruskan siasatan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.
Kenyataan itu didakwa dikeluarkan menerusi satu hantaran video berdurasi 2 minit 46 saat yang tular di media sosial.
Dalam video tersebut, Papagomo didakwa mempersoalkan tindakan Yang di-Pertuan Agong menerima menghadap pengasas kedai serbaneka KK Mart.
Selain itu, Wan Muhammad Azri juga dikatakan mendakwa Yang di-Pertuan Agong mengarahkan aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard dituduh di mahkamah mengikut Akta Hasutan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

