SEORANG pemandu warga emas yang tidak memberhentikan kenderaan ketika lampu isyarat merah menjadi punca kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Seremban – Kuala Pilah, 10.35 pagi semalam.
Video penuh klik link di bawah
https://t.me/infoutusantv/5420
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Hatta Che Din berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila penunggang motosikal Yamaha Y15ZR dari Ampangan ke Paroi sendirian.
Beliau berkata, sampai di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang lelaki berusia 44 tahun itu meneruskan perjalanan ketika lampu isyarat berwarna hijau.
“Tiba-tiba datang sebuah kereta Nissan Sentra yang dipandu wanita berusia 66 tahun.
“Pemandu yang dipercayai tidak memberhentikan kenderaan ketika lampu isyarat merah telah membelok masuk ke simpang kanan dan melanggar bahagian hadapan motosikal,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, penunggang motosikal mengalami cedera di muka, badan dan telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar bagi menerima rawatan.
Kes disiasat di bawah Rule 17 LN 167/59.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Zaman di talian 012-717 3867.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

