Lebih 800 sertai IRC 2024, tangani isu penting inovasi digital, kawal selia

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

LEBIH 800 peserta menyertai Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2024 yang diadakan buat julung kali di ibu negara, hari ini. 

Kehadiran peserta dari negara-negara ASEAN, Korea Selatan, Australia dan United Kingdom itu dengan matlamat bagi menangani isu-isu penting berkaitan inovasi digital dan kawal selia. 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan memaklumkan, IRC 2024 bertemakan Aligning Innovation with Safety for a Sustainable Future itu telah dirasmikan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. 

Menurut MCMC, perkongsian daripada pengawal selia dan pakar bidang subjek penting bagi memastikan sektor telekomunikasi terus berkembang dan membentuk masa depan yang menyaksikan ekosistem digital kekal sebagai daya penggerak untuk ketersambungan dan inovasi. 

“Persidangan itu turut menyaksikan ucaptama daripada Ofcom mengenai Akta Keselamatan Dalam Talian UK dan panel kawal selia ASEAN berhubung kemajuan e-dagang. 

“Selain itu, persidangan ini turut menampilkan perbincangan berkaitan teknologi-teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI) dan blockchain serta strategi merapatkan jurang digital bagi mempromosikan ketersambungan inklusif,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Baca artikel lain: MCMC tambah baik kemudahan internet di Pulau Kapas dan Pulau Gemia

Sementara itu, MCMC memaklumkan, Fahmi dalam ucapannya memaklumkan, Suruhanjaya tersebut telah menghimpunkan barisan pakar daripada pelbagai latar belakang termasuk pengawal selia, penggubal dasar dan delegasi ASEAN dalam persidangan tersebut. 

Beliau berkata, ia sejajar dengan usaha kerajaan untuk memacu inovasi dan memanfaatkan kepakaran teknologi. 

Fahmi menjelaskan, persidangan berkenaan menjadi platform untuk bertukar pandangan, memupuk kerjasama dan mempengaruhi trajektori kawal selia dalam landskap global yang semakin berkembang. 

“Saya juga ingin mengumumkan bahawa Malaysia sedang giat merangka undang-undang berkaitan keselamatan dalam talian bagi menangani ancaman dalam talian yang timbul,” jelasnya. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This