Salam takziah, Hail Amir meninggal dunia

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI veteran, Datuk Hail Amir, 77, meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru di Hospital Kuala Lumpur pada jam 4.34 petang, hari ini.

Berita duka itu dikongsikan oleh rakan artis, Datin Salwa Abd Rahman menerusi hantaran di Instagram Story.

“Al-Fatihah, Assalamualaikum dukacita dimaklumkan Hail Amir baharu sahaja menghembuskan nafasnya sebentar tadi,” tulisnya.

Sebelum ini, anak arwah iaitu Cinta memaklumkan bapanya sedang menerima rawatan di HKL sejak Sabtu lalu.

Menurutnya, doktor sudah memulakan rawatan dengan memberikan antibiotik bagi mengawal jangkitan terbabit.

Pihak keluarga tidak membenarkan kehadiran pelawat dan meminta semua pihak mendoakan kesembuhan penyanyi dan pelakon terkenal era 70-an ini. 

Hail atau nama sebenar, Abdul Hail Amir pernah dimasukkan ke hospital pada 2018 selepas mengadu sakit dada dan dimasukkan dalam wad akibat masalah jantung.

Sepanjang pembabitannya dalam dunia seni, Hail yang berasal dari Pulau Pinang, terkenal sebagai pasangan duet kepada penyanyi bersuara lunak, Uji Rashid.

Lagu popular mereka seperti Hujan, Menunggu Nasi Minyak, Antara Matamu dan Mataku termasuk lagu Seloka Hari Raya menjadi siulan ramai.

Selain menyanyi, bapa kepada empat cahaya mata ini terkenal di layar perak. Antara filem popular lakonannya adalah Jiwa Remaja, Cinta Dan Lagu, Menanti Hari Esok, Sesejuk Air Mata Ibu dan Anita Dunia Ajaib.

Selepas lebih 50 tahun terbabit dalam dunia seni, Hail dikurnia gelaran darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk pada 2022.

Arwah meninggalkan seorang balu, Datin Safiah Ibrahim, empat orang anak dan sembilan orang cucu. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis kesan etnik Rohingya terlibat kemalangan tular di Shah Alam

POLIS sedang menjalankan siasatan dan mengesan seorang lelaki dipercayai etnik Rohingya yang disyaki terlibat dalam kemalangan jalan raya di...

More Articles Like This