Kecoh warga asing tidur nyenyak atas sofa, guna seluar tuan rumah selimut kaki

Dari Penulis

SEBUAH keluarga dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki tidak dikenali yang menumpang tidur di hadapan kediaman mereka dalam kejadian di Kampung Batu 8 Seri Makmur, Kuala Kurau, awal pagi semalam.

Bercerita kepada UtusanTV, Mohamad Badrul Amin Shaari, 35, berkata, beliau menyedari kehadiran lelaki yang dipercayai warga asing itu ketika mahu pergi ke tempat kerja.

“Saya keluar rumah dalam pukul 5.30 pagi dan saya dapati ada seorang lelaki sedang nyenyak tidur di atas sofa.

“Saya panggil isteri dan minta untuk kejutkan dua adik ipar yang sedang tidur di tingkat atas bagi mengelakkan dari perkara yang tidak diingini,” katanya.

Jelasnya, salah seorang adik ipar telah bertindak mengejutkan lelaki berusia 30-an itu sebelum mengarahkan untuk keluar dari kawasan rumah.

Katanya, lelaki tersebut berada dalam keadaan mamai dan seperti di bawah pengaruh alkohol.

Malah lebih mengejutkan Badrul, lelaki tersebut turut mengambil dua helai seluar milik anak lelakinya selain tidak memakai sebarang kasut.

“Selepas lelaki itu pergi, isteri saya mendapati sehelai seluar bercorak kota-kotak dan seluar sukan berwarna hitam milik anak yang dijemur di luar rumah telah diambil oleh lelaki tersebut,” ujarnya.

Muhamad Badrul berkata, dia juga telah membuat aduan di Balai Polis Kuala Kurau kerana risau akan keselamatan keluarganya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This