Kenanga unjur BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus bagi enam hingga 12 bulan akan datang

Dari Penulis

BANK Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) semasa pada 3.0 peratus bagi enam hingga 12 bulan akan datang walaupun wujudnya risiko meningkat ke atas harga.

Menurut Kenanga Investment Bank Bhd kadar inflasi juga dijangka kekal stabil, kekal di bawah 3.0 peratus bagi 2024 dan 2025.

Bank pelaburan itu menjelaskan unjuran optimis itu berdasarkan potensi tekanan inflasi yang meningkat susulan prospek rasionalisasi subsidi pada separuh kedua 2024 dan kenaikan gaji kalangan penjawat awam yang diumumkan baru-baru ini.

“Pada masa sama, mungkin wujud potensi untuk MYR/USD mengukuh di bawah paras 4.50 pada akhir 2024, disokong oleh jangkaan bahawa BNM mengekalkan pendirian semasa untuk baki tempoh  tahun ini di samping komitmen kerajaan terhadap disiplin fiskal,” menurutnya dalam nota penyelidikan pada Khamis.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Parlimen dijangka dibubar selepas pembentangan Belanjawan – Penganalisis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membubarkan Parlimen pada bulan November iaitu selepas pembentangan Belanjawan 2027, Oktober depan. Pengarah...

More Articles Like This