IBE, MIJF buka peluang pemain industri tubuh rangkaian perniagaan berkualiti

Dari Penulis

PAMERAN Kecantikan Antarabangsa 2024 (IBE 2024) yang terkenal sebagai kemuncak kecantikan dan inovasi berjaya mengumpul 430 pempamer dari lebih 28 negara termasuk Malaysia.

Acara tahunan anjuran Elite Expo Sdn Bhd (Elite Expo) yang berlangsung dari 11 Mei 2024 hingga 14 Mei 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu berkongsi majlis bersama Pameran Barang Kemas Antarabangsa Malaysia (MIJF) buat kali pertama.

Kedua-dua pameran itu meningkatkan kedudukan global dengan menampilkan negara-negara besar dalam industri produk kecantikan terutamanya dari Korea, Taiwan, China, Indonesia dan negara-negara lain.

Ia dirasmikan Tengku Datuk Dr Hishammuddin Zaizi Tengku Azman Shah dan majlis perasmian turut menyaksikan individu-individu terkenal seperti Datuk Sri Siti Nur Haliza, Sherry Ibrahim, Glen Hew, Mekyunn dan Leng Yein.

Ketua Eksekutif Elite Expo, Datuk Johnson Lim Eng Hoong, berkata menerusi penganjuran IBE 2024 dan MIJF, pihaknya berharap dapat mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju dagangan barang kemas dan produk kecantikan yang memenuhi standard global.

“Dalam beberapa hari akan datang, kita berpeluang menyaksikan ciptaan barang kemas yang indah, produk kecantikan termaju dan perbincangan menarik yang akan membentuk masa depan industri ini.

“Bersama-sama, kita mencipta rangkaian, inovasi dan kecantikan di dalam industri,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran IBE 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, pada Sabtu.

Dalam pada itu, IBE 2024 juga menyediakan platform untuk pemborong, peruncit, pengedar dan lain-lain untuk mendapatkan produk, alatan dan pelbagai jenis mesin yang terkini dari pameran itu.

Dengan kerjasama Persatuan Vokasional Antarabangsa Malaysia (MIVA), IBE 2024 bertujuan menyediakan platform untuk bakat global bersaing dan mendapat pendedahan dalam industri kosmetik dan barang kemas. 

Pameran yang berjalan selama empat hari bermula hari ini turut disokong Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), Jabatan Pembangunan Kemahiran dan MATRADE.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This