Ella seru selidik dahulu sebelum boikot selebriti tak tunjuk solidariti kepada rakyat Palestin

Dari Penulis

PENYANYI rock, Ella menyarankan pengguna media sosial agar tidak mengecam selebriti yang tersenarai dalam gerakan #Blockout2024 dengan sewenang-wenangnya.

Ujar Ella atau Nor Zila Haji Aminuddin, 58, setiap individu seharusnya bertindak bijak dengan melakukan penyelidikan menyeluruh sebelum menghakimi selebriti tersebut.

“Selidik dulu sebelum melemparkan tuduhan sebab tidak mempedulikan Palestin.

“Mungkin mereka ada sebab tersendiri,” katanya kepada URTV ketika ditemui pada majlis sidang media Hi-Tea bersama Ella di Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam masa sama, Ella yang terkenal dengan jolokan ratu rock itu turut menegaskan bahawa tidak semestinya perlu berkongsi penderitaan penduduk Palestin di media sosial untuk membuktikan keprihatinan terhadap konflik yang berlaku diantara Palestin-Israel.

“Kalau tidak promosi, tidak bermaksud tak sokong Palestin.

“Misalnya konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota (Pulau Pinang) telah mendedikasikan keseluruhan konsert sebagai memperingati situasi yang dilalui oleh rakyat Palestin,” ujarnya lagi.

Di samping itu, penyanyi yang telah berkecimpung dalam industri nyanyian selama empat dekad ini turut berpegang pada prinsip perjuangannya iaitu sanggup mengetepikan tawaran lumayan daripada jenama fesyen antarabangsa yang berkait dengan Israel.

“Ya saya tolak beberapa tawaran jenama fesyen yang dikaitkan dengan Israel walaupun bayaran lumayan.

“Saya buat ini semua kerana prinsip saya dan akan pastikan produk saya wakilkan miliki matlamat dan bersifat kemanusiaan sejagat.

“Saya juga minta pasukan meneliti tawaran terlebih dahulu, sebelum menerimanya,” jelasnya.

Sebelum ini, gerakan #Blockout2024 dalam memboikot selebriti telah menarik perhatian masyarakat tidak hanya di luar negara tetapi juga di Malaysia.

Antara selebriti yang terpalit dengan isu ini termasuklah Nabila Razali, Meerqeen, Mira Filzah, Neelofa dan ramai lagi.

Difahamkan, gerakan ini bertujuan untuk memberi kesedaran buat selebriti agar tidak berdiam diri dan mempromosikan barangan berkaitan Israel bagi membela nasib rakyat Palestin.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This