Mahkamah Tinggi larang Chegu Bard buat kenyataan pertuduhan kes fitnah Agong

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan ‘gag order’ atau perintah larangan bersuara ke atas Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard atas pertuduhan memfitnah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Hakim K. Muniandy memutuskan demikian selepas beliau membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menyemak semula perintah Mahkamah Sesyen yang menolak permohonan larangan bersuara (gag order) ke atas Chegu Bard bagi pertuduhan itu.

“Sehingga perbicaraan selesai, sebarang komen mengenai kes ini adalah sub judice dan merupakan satu penghinaan kepada pentadbiran keadilan.

“Prinsip undang-undang yang disebut berkaitan kesucian perbicaraan, ia dipelihara dalam apa jua keadaan.

  1. “Seperti yang dinyatakan didalam pertuduhan, yang menurut seksyen 500 dibacakan dengan seksyen 499 Kanun Keseksaan, rasionalnya adalah untuk mengelakkan sebarang tuduhan yang akan memudaratkan reputasi YDPA,” ujar hakim itu ketika membacakan keputusannya.

Sementara itu di Mahkamah Tinggi berasingan, Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid menolak permohonan pendakwaan bagi membenarkan perintah larangan bersuara ke atas Chegu Bard bagi pertuduhan menghasut di media sosial.

Ketika membacakan keputusannya, beliau berkata bahawa tiada alasan yang kukuh bagi mengubah keputusan Hakim Mahkamah Sesyen sebelum ini yang menolak permohonan pendakwaan untuk membenarkan perintah larangan bersuara berkenaan.

“Berdasarkan hujahan daripada kedua-dua pihak, dan nas yang telah dikemukakan, mahkamah ini bersetuju dengan hujahan bagi pihak responden bahawa tiada alasan yang kuat untuk mahkamah ini mengubah perintah yang telah diberikan oleh hakim Mahkamah Sesyen apabila permohonan ini dibuat di mahkamah tersebut.

“Oleh itu permohonan pihak pendakwaan untuk perintah larangan bersuara ataupun gag order terhadap responden adalah ditolak.

“Walaubagaimanapun, responden diingatkan bahawa kebebasan bersuara yang diberikan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan ada hadnya dan bukan sesuatu yang mutlak,” kata hakim itu.

Baca: Chegu Bard didakwa fitnah dan menghasut

Sebelum ini pada 29 April lalu, Chegu Bard, 45, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Siti Aminah Ghazali atas dua menghasut dan menfitnah pada Januari dan awal bulan lalu.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa membuat penerbitan menghasut di laman sosial Facebook dengan menggunakan akaun Chegu Bard di Taman Bukit Cheras Kuala Lumpur sekitar jam 12.15 tengah hari pada 6 April 2024.

Bagi kes itu, tertuduh didakwa Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan [Akta 15] yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu bagi pertuduhan kedua, Chegu Bard telah mengeluarkan kenyataan fitnah yang mana dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kenyataan fitnah tersebut akan merosakkan nama baik Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di- Pertuan Agong.

Bagi kesalahan fitnah, Chegu Bard didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 2 tahun dan denda atau dengan kedua-duanya sekali.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Syed Amir Syed Ali mencadangkan agar mahkamah membenarkan perintah larangan bersuara selain jumlah ikat jamin terhadap Chegu Bard sebanyak RM20,000.

Bagaimanapun pembelaan membantah permohonan bagi perintah larangan bersuara atas alasan ia tidak berperlembagaan.

Hakim Siti Aminah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan selain menolak permohonan larangan bersuara berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This