PERSATUAN sukan perlu mengalakkan setiap atlet untuk mencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim berkata, hal itu memandangkan setiap atlet sukan mempunyai risiko tinggi sama ada ketika bertanding mahupun di luar arena.
Hal itu menurut beliau dapat dilihat menerusi musibah yang menimpa bintang bola sepak negara, Faisal Halim yang diserang secara kejam dengan simbahan asid.
“Kita tak nak ambil iktibar dari perkara berbentuk musibah tapi itu sebagai peringatan yang baik untuk memberi perlindungan kepada atlet. Termasuk untuk semua sukan. Kita sangat menitikberatkan perlindungan sosial.
“Di bidang sukan risiko tinggi sama ada atas padang atau atas trek atau di luar padang dan di luar arena. Kita mahu semua dapat perlindungan setimpal dengan risiko yang dihadapi para atlet.
“Sebab itu, di bawah Majlis Sukan Negara (MSN), kita sudah jadikan ia sebagai dasar. Atlet dibawah MSN berdaftar di bawah PERKESO,” katanya memetik laporan Majoriti.
Mengulas lanjut, Adam Adli berkata, KBS telah mengambil inisiatif untuk mendedahkan setiap persatuan sukan dengan PERKESO.
Antaranya, jelas beliau adalah dengan menjemput pihak PERKESO dalam setiap perjumpaan dengan persatuan sukan.
“Di bawah persatuan kita memang galakkan. Setiap kali ada perjumpaan dengan persatuan, kita sentiasa jemput pihak PERKESO untuk hadir sama beri penerangan mengenai skim-skim yang dapat dinikmati para atlet.
“Harap lebih ramai atlet jadi pencarum dan persatuan sukan mainkan peranan untuk menggalakkan pemain bernaung di bawah mereka untuk mencarum,” tambahnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

