Leona tak seteru dengan pendapat bapa, Azhar Sulaiman minta selebriti sokong #Blockout2024 pindah Gaza

Dari Penulis

SELEBRITI media sosial, Kasih Iris Leona membidas kenyataan bapanya iaitu pelakon Azhar Sulaiman megenai pendirianya yang berbeza.

Menurut Leona, atau nama lengkapnya Kasih Iris Leona Azhar Sulaiman, 22, berkata meskipun mereka sering bercangah pendapat, namun dalam isu perjuangan nasib Palestin sama sekali tidak mencerminkan pendiriannya.

“Pendapat ayah tidak mencerminkan pendirian saya dan saya menentang Israel dengan pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Palestin.

“Pandangan kami berbeza dalam pelbagai perkara dan saya sendiri gagal memahami cara dia berfikir.

“Jadi tolong jangan anggap hanya kerana kita mempunyai pertalian darah, kita ada pandangan yang sama,” ciapnya.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi platform X bagi menjelaskan pandangannya berhubung kenyataan bapanya itu.

Dalam masa sama, Leona turut berkongsi pengalamanya melihat sendiri susana pilu yang dirasai oleh rakyat Palestin terhadap kekejaman yang dilakukan tentera Israel.

“Saya sedar dengan kekejaman yang dilakukan oleh Israel dan mengakui bahawa pembunuhan beramai-ramai ini sudah bermula sebelum 7 Oktober,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Azhar mengundang kritikan hebat apabila berpendapat bahawa selebriti Malaysia yang lantang bersuara berhubung gerakan #Blockout2024 seharusnya berpindah ke bumi Gaza dalam membela nasib rakyat Palestin yang kini berhadapan dengan konflik peperangan bersama tentera Israel.

Tambahan itu, dia turut merasakan kekecohan yang berlaku sebenarnya berpunca dari gerakan boikot tersebut di Malaysia, sedangkan rakyat Palestin sendiri hidup dengan ceria dan gembira.

Namun begitu, hantaran tersebut telah dipadam di Instagram miliknya selepas teruk dikecam netizen.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This