POLIS mengesahkan suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada awal pagi tadi merupakan anggota kumpulan Jemaah Islamiyah (JI).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, dalam serangan pukul 2.45 pagi itu,, suspek berusia 34 tahun itu berjaya ditembak mati di lokasi kejadian.
Beliau berkata, pihanya telah menyerbu rumah suspek dan mendapati terdapat beberapa maklumat berkait kumpulan Jemaah Islamiyah di kediaman berkenaan.
“Susulan itu kesemua lima ahli keluarga suspek yang dipercayai anggota serpihan JI ditahan untuk siasatan lanjut. Mereka berusia antara 15 tahun hingga 62 tahun,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian.
Jelasnya, sebelum kejadian, dua pelajar dari Management Science University dan Insititut Latihan Kecemerlangan MARA telah datang ke balai polis kira-kira pukul 2.30 pagi.
Katanya, ketika pengadu iaitu seorang lelaki dan wanita masing-masing bersia 22 dan 21 sedang membuat laporan, suspek telah masuk ke balai dengan menaiki motosikal dan parkir di kawasan belakang balai.
“Dua pengadu itu ditahan bagi siasatan lanjut kerana agak janggal mereka datang pada pukul 2 pagi untuk meminta pandangan mengenai kes cabul yang berlaku pada dua tahun lalu,” ujarnya.
Dalam serangan ini, dua anggota polis dilaporkan terbunuh, manakala seorang lagi cedera.
Dua anggota polis dan suspek yang maut dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI), manakala anggota yang mengalami kecederaan dirawat di hospital sama.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

