Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN lawat anggota polis cedera di HSI

Dari Penulis

KETUA Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain hari ini meluangkan masa melawat seorang anggota polis yang dilaporkan cedera dalam tragedi serangan di Balai Polis Ulu Tiram, awal pagi tadi.

Polis Diraja Malaysia dalam kenyataan berkata, Koperal Mohd Hasif Roslan yang bertugas di Unit Ronda Cegah Jenayah kini berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah Ketua Polis Johor Komisioner S. M. M. Kumar, Timbalan Ketua Polis Johor Deputi Komisioner Afandi Senin, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Johor Senior Asisten Hoo Chuan Huat dan Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak.

UtusanTV sebelum ini melaporkan, negara digemparkan dengan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram selepas seorang lelaki menceroboh masuk ke balai tersebut pada pukul 2.54 pagi tadi.

Dalam insiden itu, dua anggota berpangkat Konstabel iaitu Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said disahkan terkorban.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan suspek dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram itu merupakan anggota kumpulan Jemaah Islamiyah (JI).

Lima ahli keluarga suspek berusia antara 15 hingga 62 tahun yang dipercayai anggota JI turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This