Tren sewaan khas jadi ‘kelab malam’: KTMB tetapkan syarat larangan merokok, alkohol, dadah

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah menetapkan syarat-syarat seperti larangan merokok, alkohol, penggunaan dadah dan tidak melakukan perkara boleh melanggar undang-undang dalam tren sewaan khas atau charter train yang didakwa diubah seolah-olah menjadi ‘kelab malam’ baru-baru ini.

KTMB dalam kenyataan memaklumkan, pelanggan tren sewaan khas pada hari Khamis lalu yang membuat perjalanan pergi dan balik dari Stesen Kuala Lumpur ke Serendah juga telah mematuhi serta bersetuju dengan syarat ditetapkan.

Bagaimanapun, KTMB memberitahu akan menambah baik dan mempertingkatkan garis panduan perkhidmatan tren sewaan khas demi kepentingan orang awam dan syarikat.

“KTMB menerima baik maklum balas berkaitan perkhidmatan charter train.

“Peranan KTMB adalah sebagai penyedia perkhidmatan di mana kami menyediakan keseluruhan tren dan koc-koc mengikut permintaan pelanggan dan aktiviti yang direncana ditentukan sendiri oleh pihak pelanggan mengikut garis panduan dan terma-terma yang telah ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, KTMB memaklumkan telah memperkenalkan perkhidmatan charter train itu sejak September 2021.

Baca artikel lain: KTMB tawar pemulangan tambang penuh, tuntutan insurans berhubung isu ETS terkandas

Katanya, perkhidmatan tersebut ditawarkan kepada syarikat atau individu yang berminat untuk membuat sewaan.

“Perkhidmatan ini mendapat sambutan menggalakkan dan pernah disewa khas oleh pihak-pihak kementerian, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat swasta dari dalam dan luar negara serta persatuan-persatuan,” katanya.

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan beberapa gerabak kereta api dipercayai milik KTMB ‘bertukar wajah’ menjadi seakan-akan kelab malam atau disko.

Difahamkan kejadian yang berlaku Khamis lalu itu melibatkan perjalanan bermula pada pukul 9.30 malam dari Stesen Kuala Lumpur menghala ke Rawang sebelum kembali semula ke ibu negara.

Warganet turut mempersoalkan kewajaran KTMB menyewakan gerabak kereta api itu untuk aktiviti yang disifatkan tidak bermoral.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UtusanTV kukuhkan hubungan kerjasama media bersama MOTAC

UTUSANTV meneroka ruang kerjasama strategik bersama Tourism Malaysia dengan mengadakan kunjungan hormat di pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya...

More Articles Like This