KERAJAAN berhasrat untuk meningkatkan peruntukan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM700 juta, iaitu lebih lima kali ganda ketimbang RM130 juta pada tahun lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan peruntukan ini adalah hasil daripada usaha penyasaran subsidi diesel yang memberi penjimatan kepada kerajaan sekitar RM4 bilion setahun.
“Kita juga meluaskan bilangan penerima (SARA) kepada 700,000 dan menambah nilai bantuan kepada RM1,200 ketimbang RM600.
“Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kita naikkan sebanyak RM2 bilion atau 25 peratus iaitu daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion yang memanfaatkan sekitar sembilan juta penerima.
“Bantuan murid sekolah juga telah ditambah baik. Bermula tahun 2023, kita memperluas Bantuan Awal Persekolahan kepada semua murid daripada darjah 1 hingga tingkatan 5 dengan peruntukan hampir RM800 juta,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Perutusan Negara YAB Perdana Menteri, sebentar tadi.
Baca artikel lain: Kerajaan bakal laksana penyasaran subsidi diesel – PM
Selain itu, Perdana Menteri menegaskan, hanya di bawah kerajaan MADANI, Insentif Pengeluaran Getah telah dinaikkan bukan sekali tetapi dua kali.
Jelasnya beliau, ianya bermula pada harga RM2.50 sekilogram pada tahun 2022 kepada RM2.70 sekilogram (2023) dan RM3 sekilogram pada tahun ini.
“Kerajaan MADANI juga mengambil langkah meningkatkan pendapatan pesawah. Kadar Skim Subsidi Harga Padi telahditingkatkan daripada RM360 (2022) kepada RM500 per metrik tan pada tahun 2023,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

